BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, 1431 Hijrahas


Salam Maulidur Rasul...Pada 26 Feb 2010 lepas pihak UMT telah memberi kepercayaan kepada SUKSIS UMT untuk mewakili UMT untuk program Sambutan Maulidur Rasul Negeri Terengganu yang berlangsung di Stadium Negeri. SUKSIS UMT terlibat dengan perarakan sejauh 2.8 k. bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah dan berakhir di Stadium Negeri sambil berselawat. Perarakan ini disertai oleh badan-badan kerajaan, swasta, NGO, IPTA & sekolah dari seluruh Terengganu. Perarakan telah dijadikan satu pertandingan dan SUKSIS UMT telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori IPTA & Sekolah Menengah. Syabas SUKSIS UMT, SUKSIS UMT sentiasa di hadapan. Terima kasih juga kepada pihak UMT kerana memberi kepercayaan kepada SUKSIS untuk menaikkan nama UMT...

Perkhemahan Tahunan Kor-SUKSIS UMT 2010


Assalamualaikum & salam 1Malaysia. Pada cuti mid-sem yang lepas SUKSIS UMT dengan penuh semangatnya menjayakan aktiviti perkhemahan tahunan yang diadakan di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Perkhemahan yang berlangsung selama 5hari 4malam ini melibatkan seramai 98orang anggota, jurulatih-jurulatih, anggota PDRM dari IPK Terengganu dan seorang Pegawai Penyelaras. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah senaman pagi, map reading, survival, jungle tracking, ceramah kerjaya PDRM, gotong-royong bersama penduduk Kg.Sekayu & malam kebudayaan. kesemua aktiviti inin telah memberi pelbagai faedah & pengalaman baru buat anggota-anggota SUKSIS UMT. Anggota kami juga telah didedahkan dengan cara-cara menggunakan walkie-talkie dengan betul. SUKSIS UMT juga telah berjaya menghasilkan lagu tema, hasil kreativiti anggota kami ( Fabian anak Sangah ). Perasmian penutup telah disempurnakan oleh ACP Mohd Fauzi Bin Abduri, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu yang mewakili Dato' Mohd Shukri Bin Dahlan, Ketua Polis Terengganu.