Salam Maulidur Rasul...Pada 26 Feb 2010 lepas pihak UMT telah memberi kepercayaan kepada SUKSIS UMT untuk mewakili UMT untuk program Sambutan Maulidur Rasul Negeri Terengganu yang berlangsung di Stadium Negeri. SUKSIS UMT terlibat dengan perarakan sejauh 2.8 k. bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah dan berakhir di Stadium Negeri sambil berselawat. Perarakan ini disertai oleh badan-badan kerajaan, swasta, NGO, IPTA & sekolah dari seluruh Terengganu. Perarakan telah dijadikan satu pertandingan dan SUKSIS UMT telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori IPTA & Sekolah Menengah. Syabas SUKSIS UMT, SUKSIS UMT sentiasa di hadapan. Terima kasih juga kepada pihak UMT kerana memberi kepercayaan kepada SUKSIS untuk menaikkan nama UMT...
Monday, March 1, 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, 1431 Hijrahas
Posted by exco publisiti at 2:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment